Bilik untuk disewa di Taman Wilayah Selayang untuk perempuan sahaja, tak kira umur dan status. Jenis rumah teres 3 tingkat.
Dalam rumah ada tv, mesin basuh auto, peti sejuk 2 pintu, sofa, kabinet, peralatan masak, meja makan, katil, tilam, kipas utk setiap bilik.
Rumah baru siap renovate, jadi dapur dah makin luas, ada table top & tiles baru.
Public transport banyak, dekat dengan pasar malam, masjid, Hospital Selayang 5min je, deretan kedai2, Selayang Mall, nk ke pusat bandar Kuala Lumpur pun hanya 15km.
Sewa terpulang pada bajet sendiri sebenarnya. Nak duduk seorang ada, max kongsi berdua 1 bilik. Xde partner, sy carikan. Ada partner sendiri lagi bagus. Hehehehe...
Medium room (size 8ft x 10ft) :
RM 190 SEORANG KONGSI BERDUA sebilik x 1 bilik
RM 300 duduk SEORANG sebilik x 3 bilik
Medium room (size 16ft x 10ft)
RM 230 SEORANG KONGSI BERDUA sebilik x 1 bilik
Master bedroom (keluasan lebih kurang 3x ganda medium room 8ftx10ft):
RM 250 SEORANG KONGSI BERDUA sebilik x 1 bilik
Total ada 6 bilik dalam rumah teres 3 tingkat ni. Maximum penghuni hanya untuk 9 orang utk 1 masa demi menjaga keselesaan setiap penghuni. Ramai sgt pun x syiok kan..
Deposit sebulan. Deposit ni akan refund sekiranya anda beri notis awal sekurang2nya SEBULAN dan keadaan rumah dan peralatan rumah seperti sedia kala. Deposit api / air = RM100 dan akan refund sekiranya tiada tunggakan bil api air. Benda ni tertakluk pada budi bicara jugak sebenarnya.. huhu
Paling penting :
- Jangan panjang tangan
- Tak boleh bawak lelaki masuk rumah
- Sama2 jaga kebersihan & peralatan dalam rumah
- Lain2 yang bersesuaian
First come first serve basis. Saya boleh tolak ansur, tapi jangan sampai sy rasa dah amik kesempatan plak ye.. =)
Call / wassap : Show contact number (anytime)
p/s : Jemput dtg ke rumah utk tgk dlu bagi kepuasan sndiri. InsyaAllah selesa.